CD Projekt Red Memperlihatkan The Witcher 3 Dimainkan Di Steam Deck

The Witcher 3: Wild Hunt adalah permainan terbaik yang dikeluarkan oleh CD Projekt Red, ini masih lagi benar walaupun Cyberpunk 2077 sudah dikeluarkan. Bagi yang ingin bermain secara mudah alih, pilihan yang ada adalah versi Nintendo Switch.

Ia adalah versi yang boleh ‘diterima’ akan tetapi CD Projekt Red terpaksa melakukan pelbagai pengorbanan visual untuk ia boleh dimainkan dengan baik di konsol hibrid tersebut. Hadirnya, Steam Deck oleh Valve.

CD Projekt Red tampaknya antara pembangun yang menerima Steam Deck, dan mereka telah memperlihatkan bagaimana ia dimainkan di konsol mudah alih tersebut, dan kami boleh katakan ia jauh lebih baik berbanding versi Nintendo Switch.

Anda boleh tonton beberapa video yang dikongsi melalui bebenang di ciapan di bawah.

Steam Deck oleh Valve diumumkan akan tiba pada bulan Disember ini dan menyertakan tiga pilihan dengan harga permulaan $399, $529 dan $649 bergantung kepada saiz storan yang dipilih. Anda boleh baca maklumat lanjut untuk Steam Deck melalui pautan ini.

Sohor Kini