Semasa Square Enix mengumumkan Guardian of the Galaxy buat pertama kali, boleh dikatakan yang mereka berkongsi terlalu banyak, dengan treler permainan yang terlalu panjang. Adakah ia berakhir setakat itu?

Tidak, sebaliknya, Square Enix telah berkongsi pelbagai treler lain, contohnya sebelum ini mereka berkongsi treler memfokuskan kepada watak Lady Hellbender dan yang terbaru mereka berkongsi pula treler yang memfokuskan kepada watak Cosmo.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Di dalam Marvel, Cosmo merupakan seekor anjing ujikaji untuk Soviet Space Program, akan tetapi telah terdampar ke Knowhere, mutasi telah memberikan dirinya kuasa psionik. Di dalam treler ini, Cosmo telah meminta bantuan daripada Guardians untuk melakukan satu misi.

Selain Cosmo, terdapat juga 4 ekor anak anjing kemungkinan anak kepada Cosmo. Dia juga tampaknya mempunyai masalah dengan Rocket.

Marvel’s Guardians of the Galaxy akan dikeluarkan pada 26 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch tetapi versi Cloud.

Sohor Kini