Zynga hari ini telah berkongsi treler baharu untuk permainan baharu bagi siri permainan simulasi berkebun mereka iaitu FarmVille 3. Mereka juga mengumumkan yang ia akan dilancarkan secara global pada 4 November.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Mereka juga telah membuka sesi pra-daftar untuk permainan ini melalui laman web dan juga Play Store, namun bagi pengguna di Malaysia ia sudah lama ditawarkan dan anda boleh muat turun di App Store ataupun Play Store.

FarmVille 3 adalah permainan percuma untuk iOS dan Android, ia juga menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini