Sony pada bulan April lepas telah melakukan pusingan U terhadap perancangan mereka untuk menutup PS Store bagi konsol PlayStation 3 dan juga PlayStation Vita. Ia adalah berita yang baik, bagi yang masih menggunakan kedua konsol tersebut.

Namun, melalui perkongsian terbaru, walaupun pemain boleh lagi mengakses PS Store tetapi penggunaan kad kredit ataupun PayPal tidak lagi dibenarkan bermula pada 27 Oktober.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk melakukan pembelian adalah melalui kredit PS Store yang boleh ditambah menggunakan platform lain seperti PS4, PS5 dan PC. Pemain juga boleh menggunakan kad tambah nilai untuknya.

Sony mengatakan yang mereka mengambil keputusan ini untuk memastikan sebarang proses pembelian dalam keadaan yang paling selamat.

Sohor Kini