Ubisoft hari ini telah berkongsi perancangan kandungan untuk tahun pertama bagi permainan sukan lasak mereka Riders Republic. Mereka akan membahagikan kandungan ini kepada 4 musim, anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Berikut adalah 4 musim dan kandungan tambahan yang akan tiba secara percuma dan juga yang memiliki pas semusim;

  • Pertama adalah sambutan pembukaan untuk pelancaran permainan ini sebagai kandungan pra-musim. Ia akan menyertakan pelbagai mod multi-pemain iaitu Mass Race, Tricks Battle, Free for All and Versus. Bagi pemilik pas semusim akan mendapat dua Exotic kits iaitu The Rocket Bike dan Rocket Skis.
  • Seterusnya adalah Musim Satu yang akan memfokuskan kepada kandungan musim sejuk – The Winter Bash, yang akan memperkenalkan sistem kemajuan musim (Battle Pass). Pemilik pas semusim juga akan menerima pelbagai kostum.
  • Musim Kedua akan membawa mod baharu iaitu Showdown, iaitu 6 lawan 6 di mana pemain perlu lawan untuk mendapatkan permata. Seperti biasa pemilik pas semusim akan mendapat kostum.
  • Musim Ketiga yang juga terakhir untuk tahun pertama akan menerima penambahan BMX Sport, yang akan memberikan arena baharu. Bagi pemilik pas semusim akan mempunyai mod BMX career.

Riders Republic akan dikeluarkan pada 28 Oktober 2021 selepas tertunda dari tarikh asal iaitu September ini. Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC (Uplay, Epic Games Store). Versi PS4 dan Xbox One akan menerima naik taraf percuma.

Sohor Kini