EA dan Maxis telah mengumumkan koleksi pakaian baharu untuk The Sims 4 iaitu Fashion Street Kit dan Incheon Arrivals Kit kini dilancarkan untuk permainan tersebut di kesemua platform ia hadir.

Fashion Street Kit akan menyertakan pakaian berdasarkan pemakaian di Mumbai yang akan menawarkan pakaian berwarna terang, selain pakaian ia juga akan menyertakan pelbagai aksesori yang boleh digunakan.

Manakala Incheon Arrivals Kit pula mengambil inspirasi daripada gaya pemakaian popular di Korea, di mana mereka menjadikan pemaikaian di Lapangan Terbang Incheon sebagai sumber.

Setiap kit ini boleh didapati dengan harga RM19 untuk setiap satu yang akan memberikan akses kepada kesemua pemilihan pakaian baharu ini.

The Sims 4 sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini