Harga Nintendo Switch OLED Di Malaysia Mungkin Mencecah RM1849

Nintendo Switch OLED akan dilancarkan secara rasmi esok dengan harga $349 mengikut pasaran Amerika Syarikat, tetapi seperti kebiasaan untuk konsol Nintendo, ia tidak boleh menjadi perbandingan yang tepat.

Harga konsol biasanya lebih mahal jika ingin dibandingkan dengan negara luar dan perbandingan yang lebih tepat adalah berdasarkan harga di Singapura.

Berdasarkan penyenaraian harga oleh beberapa gedung permainan video yang melakukan sesi pra-tempahan untuk konsol tersebut, harga Nintendo Switch adalah RM1849 di Malaysia yang menggunakan jaminan oleh Maxsoft.

Baca: Pemilik Konsol Switch Dengan Jaminan Dari Maxsoft Kini Boleh Terus Melakukan Temu Janji Dengan Nintendo Service Center Di Singapura

Impulse Gaming contohnya, meletakkan harga RM1749 di Shopee namun ia adalah harga tambahan kepada RM100 yang dibayar untuk pra-tempahan. Manakala Otakuya meletakkan harga RM1799 yang juga bayaran tambahan untuk pra-tempahan, menjadikan harga keseluruhan adalah RM1899, namun, mereka juga memberikan pelbagai hadiah tambahan.

Nintendo Singapura sudah mempunyai laman rasmi sendiri, akan tetapi mereka masih tidak berkongsi harga, manakala Qisahn iaitu kedai permainan di Singapura telah meletakkan harga Nintendo Switch OLED SGD 599 iaitu lebih kurang RM1843.

Manakala untuk kedai Maxsoft di Lazada, mereka menyenaraikan Nintendo Switch OLED dengan harga SGD 549 ataupun lebih kurang RM1699. Kami boleh katakan ini adalah harga rasmi, namun sebagai pelancaran awal di Malaysia ia boleh di-katakan yang Nintendo Switch OLED akan berharga RM1849 iaitu lebih kurang RM400 lebih mahal berbanding harga di Amerika Syarikat.

Nintendo Switch OLED adalah model baharu untuk konsol hibrid mereka, ia menawarkan skrin yang lebih besar iaitu 7″ menggunakan panel OLED. Selain itu terdapat juga penegak yang lebih baik serta dermaga yang mempunyai LAN port. Anda boleh baca lanjut mengenai Nintendo Switch OLED di pautan ini.

Sohor Kini