Bagi pemain yang melakukan pra-tempahan untuk Battlefield 2042, sesi beta terbuka kini bermula, manakala untuk pemain lain ia akan dibuka pada 8 Oktober kelak. Namun, ia sudah boleh dimuat turun bermula sekarang sebagai persedian.

Selain daripada itu, EA juga tampaknya menambah penawaran naik taraf percuma untuk permainan tersebut. Sebelum ini, naik taraf percuma untuk PS4 ke PS5 serta Xbox One ke Xbox Series hanya disertakan melalui edisi Gold dan Ultimate sahaja, akan tetapi sekarang edisi Biasa untuk PS5 dan Xbox Series sahaja juga akan mempunyai kelebihan yang sama.

Dengan kata lain, berbanding membayar RM409 untuk Gold Edition atau RM499 untuk Ultimate Edition, pemain juga boleh membeli edisi biasa untuk konsol generasi terkini yang berharga RM299 di PS5 dan $69.99 di Xbox Series. Edisi biasa untuk PS4 dan Xbox One masih ditawarkan iaitu dengan harga RM249 dan $59.99 tetapi ia tidak menyertakan naik taraf percuma.

Battlefield 2042 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC pada 19 November 2021 selepas tertunda sebelum ini.

Sohor Kini