Garena hari ini telah mengumumkan kejohanan terbaru untuk permainan battle royale mereka Free Fire. Kejohanan tersebut adalah Free Fire Asia Championships (FFAC) 2021 yang akan bermula pada 20 November untuk peringkat kumpulan dan peringkat akhir akan berlangsung pada 28 November.

Kejohanan ini akan melibatkan pasukan dari 9 negara di Asia iaitu India, Indonesia, Pakistan, Taiwan, Thailand serta Vietnam. Manakala Malaysia, Kemboja dan Filipina akan diwakili oleh empat pasukan terbaik untuk kejohanan MCP Majors di mana peringkat akhir akan berlangsung pada 16 Oktober 2021.

Di pengumuman yang sama, Garena juga mengumumkan Free Fire EMEA Championships 2021 yang akan disertai oleh pasukan-pasukan dari Commonwealth of Independent States (CIS), Eropah dan Timur Tengah serta Afrika Utara (MENA), ia juga akan bermula pada 20 November ini.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini