Inxile Entertainment dan Prime Matter telah melancarkan DLC kedua dan juga terakhir untuk Wasteland 3 iaitu Cult of the Holy Detonation. Mereka sebelum ini telah melancarkan DLC Battle of Steeltown pada bulan Jun lepas.

Anda boleh tonton video pelancaran untuk DLC baharu ini di bawah.

Cult of the Holy Detonation akan membawa pemain ke Cheyenne Mountain di mana sekumpulan kultus menjadikan tenaga nuklear sebagai tuhan mereka, tenaga tersebut boleh memberi tenaga kepada Colorado Springs dan juga memusnahkannya. Pemain perlu memasuki tempat tersebut dengan harapan untuk menutup tenaga nuklear.

Dengan pelancaran DLC baharu ini, mereka juga mengumumkan pelancaran Wasteland 3: Colorado Collection yang menyertakan permainan asas Wasteland 3 bersama dengan dua DLC iaitu Battle of Steeltown dan Cult of the Holy Detonation.

Wasteland 3 sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Ia juga disertakan di dalam Xbox Game Pass.

Sohor Kini