Ubisoft hari ini telah membuat kejutan apabila mengumumkan permainan battle royale baharu, berbeza dengan Hyper Scape yang dikeluarkan pada tahun lepas, kali ini ia menggunakan name Ghost Recon iaitu Ghost Recon Frontline. Meneruskan lagi ke-bergantungan Ubisoft dengan jenama Ghost Recon.

Ghost Recon Frontline buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran, namun Ubisoft mengumumkan sesi beta tertutup akan bermula pada 14 Oktober ini akan tetapi terhad kepada pengguna PC di Eropah. And boleh tonton video pengumuman di bawah.

Di dalam Ghost Recon Frontline, lebih 100 pemain akan dibahagikan kepada tiga orang sekumpulan, berbeza dengan permain battle royale biasa, Frontline tidak akan mempunyai circle.

Sebaliknya, setiap kumpulan perlu melakukan misi tertentu, apabila menyelesaikannya pemain perlu pergi ke satu tempat untuk dikeluarkan. Pemain lain akan diberitahu apabila sesuatu kumpulan cuba untuk dikeluarkan, memaksa mereka bertahan.

Terdapat beberapa kelas yang pemain boleh gunakan, antaranya adalah Assault, Support dan Scout. Pemain juga boleh menukar kelas semasa sedang bermain.

Tom Clancy’s Ghost Recon Frontline diumumkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia akan menjadi permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Baca: Ubisoft Umum Permainan Percuma FPS 6 Lawan 6 Tom Clancy’s XDefiant Untuk PS, Xbox Dan PC

Sohor Kini