Masahiro Sakurai hari ini telah mengumumkan yang watak DLC terakhir menyertai Super Smash Bros Ultimate adalah Sora iaitu protagonis utama di dalam permainan Kingdom Hearts oleh Square Enix.

Sora akan tiba sebagai watak seterusnya untuk Fighter Pass Vol.2 pada 19 Oktober ini. Dia boleh didapatkan secara berasingan ataupun sebahagian daripada Fighter Pass yang turut menyertakan Min Min, Steve dari Minecraft, Sephiroth, Pyra/Mythra, dan Kazuya.

Anda boleh tonton perkongsian oleh Sakurai, termasuk juga bentuk permainan untuknya di bawah.

Bersama dengan Sora, adalah stage untuknya iaitu Hollow Bastion berdasarkan permainan pertama Kingdom Hearts, stage ini dihiasi dengan gambar-gambar daripada watak-watak utama daripada siri tersebut, kecuali watak-watak Disney.

Bagi muzik runut pula, Nintendo akan menyertakan 9 lagu dan tambahan satu lagu iaitu Dearly Beloved jika pemain memiliki permainan Melody of Memory di Switch.

Selain itu, Nintendo juga telah mengumumkan yang ketiga-tiga permainan Kingdom Hearts iaitu Kingdom Hearts – HD 1.5 + 2.5 ReMix, Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue dan Kingdom Hearts III akan dikeluarkan di Switch tetapi melalui sistem Cloud ataupun penstriman.

Super Smash Bros. Ultimate merupakan antara permainan terlaris oleh Nintendo di mana setakat Jun lepas, ia telah terjual sebanyak 24.77 juta unit, hanya Mario Kart 8 Deluxe dan Animal Crossing: New Horizons mempunyai jumlah jualan yang lebih tinggi.

Sohor Kini