HBO hari ini telah berkongsi treler pertama untuk House of the Dragon, iaitu siri baharu di dalam dunia Game of Thrones. Siri ini akan berlaku 200 tahun sebelum kejadian di dalam siri Game of Thrones sebelum ini dan akan memfokuskan kepada House Targaryen yang merupakan kuasa besar pada waktu itu.

Anda boleh tonton video tersebut.

Pada April lepas, HBO telah mengumumkan yang siri tersebut telah memulakan produksi dan akan tiba pada tahun 2022 di HBO Max. Antara pelakon yang terlibat adalah Paddy Considine, Olivia Cooke, Matt Smith, Emma D’Arcy dan Fabien Frankel. 

George R.R Martin akan terus terlibat bersama dengan Ryan Condal dan Miguel Sapochnik yang akan menulis untuknya. Sapochnik juga akan menjadi pengarah untuk beberapa episod termasuk juga episod pertama.

Sohor Kini