Antara kekurangan jika ingin dibandingkan diantara Epic Games Store dan Steam adalah, gedung permainan PC oleh Epic Games tersebut tidak mempunyai sistem trofi ataupun Pencapaian.

Melalui pengumuman terbaru, Epic Games Store akhirnya akan menerima sistem trofi dan ia boleh dikatakan lebih baik jika ingin dibandingkan dengan Steam.

Sistem trofi di dalam Epic Games Store mengambil konsep sistem trofi untuk Xbox dan PlayStation, trofi akan dibahagikan kepada 4 tahap berbeza iaitu Bronze, Silver, Gold dan Platinum. Setiap-nya akan memberikan XP berbeza kepada pemain;

  • Bronze = 5-45 XP
  • Silver = 50-95 XP
  • Gold = 100-200 XP     
  • Platinum = 250 XP

XP ini akan menentukan tahap profil anda di Epic Games Store, buat masa ini ia tidak memberi sebarang kelebihan selain sebagai sesuatu yang ingin dibanggakan.

Buat masa ini, sistem ini hadir untuk beberapa permainan sahaja iaitu Rocket League, Hades, Pillars of Eternity, Kena, Zombie Army 4, dan Alan Wake Remastered. Dengan lebih banyak permainan dijangka akan menyokongnya pada akhir tahun ini.

Sohor Kini