Seperti diumumkan sebelum ini, Phoenix Point iaitu permainan strategi oleh pencipta asal X-COM, Snapshot Games akhirnya dikeluarkan untuk konsol iaitu bagi PlayStation 4 dan juga Xbox One. Ia adalah dengan kerjasama bersama Saber Minsk dan Prime Matter.

Melalui edisi Bohemoth Edition ini, ia akan menyertakan kesemua penambahan yang sudah tiba sebelum ini termasuk juga yang terbaru iaitu DLC 4: Corrupted Horizons, anda boleh tonton video pelancaran di bawah.

Phoenix Point boleh dimainkan dengan resolusi 1080p dan 30FPS di konsol generasi lepas, akan tetapi mereka juga menyasarkan untuk memberi 4K dan 60FPS di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui kemaskini percuma yang akan tiba di masa hadapan.

Phoenix Point: Behemoth Edition sudah ditawarkan di PS Store dengan harga RM169, dan di Xbox Store dengan harga $39.99.

Sohor Kini