Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan senarai permainan yang menarik untuk penawaran PlayStation Now mereka bagi bulan Oktober. Secara keseluruhan terdapat 7 permainan yang disertakan dan ia adalah seperti berikut;

  • The Last of Us Part II (sehingga 3 Januari 2022)
  • Fallout 76
  • Amnesia: Collection
  • Desperados III
  • Final Fantasy VIII Remastered
  • Victor Vran: Overkill Edition (hanya di Eropah)
  • Yet Another Zombie Defense HD

PlayStation Now merupakan perkhidmatan langganan yang membolehkan pemain bermain sebilangan permainan dengan bayaran bulanan. Pemain boleh memuat turun permainan ke konsol PlayStation 4 dan PlayStation 5 ataupun secara strim untuk di PC ataupun bermain permainan konsol generasi lepas.

Ia ditawarkan dengan harga $9.99 sebulan, $24.99 untuk 3 bulan dan $59.99 untuk 12 bulan. Namun, buat masa ini ia masih tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Sohor Kini