Square Enix ketika persidangan di Tokyo Game Show telah memperlihatkan lanjut permainan battle royale mereka iaitu Final Fantasy VII: The First Soldier. Mereka juga menyasarkan untuk mengeluarkan permainan tersebut pada bulan November ini dengan sesi pra-daftar bermula sekitar bulan ini.

Anda boleh tonton video bentuk permainan baharu di bawah.

Di dalam The First Soldier, pemain akan menjadi Soldier yang sedang melakukan latihan. Pemain perlu bertempur untuk menjadi Soldier terakhir yang terselamat. Pemain boleh menggunakan pelbagai kebolehan serta magis bersama dengan senjata api untuk bertempur. Pemain boleh memilih pelbagai gaya serangan seperti Warrior, Sorcerer ataupun Monk yang mempunyai kebolehan tersendiri.

Selain bertempur dengan pemain lain, ia juga menyertakan PvE di mana terdapat pelbagai raksasa yang apabila dibunuh akan memberi pengalaman kepada pemain untuk meningkatkan tahap dan juga mendapatkan senjata yang lebih berkuasa. Pelbagai elemen Final Fantasy juga diterapkan, antaranya menunggang Chochobo dan menggunakan summon seperti Ifrit.

Final Fantasy VII: The First Soldier akan dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini