Square Enix ketika persidangan khas untuk Tokyo Game Show telah mengumumkan satu IP baharu iaitu Dungeon Encounters, satu permainan dungeon crawler yang dibangunkan oleh Hiroyuki Ito dan Hiroaki Kato yang terlibat dengan siri Final Fantasy sebelum ini.

Dungeon Encounters akan dilancarkan pada 14 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Dengan menggunakan kawasan berdasarkan grid, terdapat lebih 100 peringkat yang pemain perlu lalui. Ia akan menyertakan pelbagai cabaran dan juga penceritaan.

Sohor Kini