Selain mengumumkan versi 2.2 untuk Genshin Impact, Mihoyo juga telah mengumumkan kolaborasi bersama dengan Razer untuk hadir dengan pelbagai produk berdasarkan permainan tersebut.

Produk-produk yang diumumkan adalah tetikus Razer DeathAdder V2 Pro yang mempunyai pelbagai hiasan berdasarkan rekaan Genshin Impact. Setiap pembelian tetikus juga hadir dengan 200 Primogems dam 80,000 Mora.

Seterusnya adalah pad tetikus yang mempunyai rekaan seperti tetikus memberikan satu kombinasi yang baik. Pad tetikus Razer Goliathus Medium akan mempunyai gambar Paimon bersama dengan logo Genshin Impact serta Razer. Setiap pembelian akan hadir dengan 30 Primogems dan 5 Adventure Experience.

Akhir sekali adalah kerusi Razer Iskur X yang selain menggunakan warna serta hiasan seperti tetikus ia juga mempunyai ‘logo’ dan tulisan Paimon di bahagian belakang. Setiap pembelian akan diberikan 500 Primogems, 20 Hero Wits dan 100,000 Mora.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini