Mihoyo telah mengumumkan yang Genshin Impact versi 2.2 akan tiba pada 13 Oktober ini, dengan menggunakan judul “Into the Perilous Labyrinth of Fog”, ia antaranya akan menyertakan pulau keenam dan juga yang terakhir untuk benua Inazuma, watak baharu iaitu Thoma dan pelbagai permainan mini dan aktiviti.

Anda boleh tonton video pengumuman untuknya di bawah.

Pulau baharu iaitu Tsurumi boleh mula diterokai oleh pemain bermula pada versi 2.2 ini, ia adalah pulau yang dipenuhi dengan kabus yang akan menyukarkan sesi pengembaraan. Di dalam kabus ini juga terdapat Rifthounds dan Rifthound Whelps yang setiap serangan akan memberikan status “Corrosion” yang akan mencederakan pemain walaupun mempunyai perisai.

Thoma iaitu watak yang dipekenalkan melalui penceritaan di Inazuma sebelum ini akan menjadi watak yang boleh didapati. Dia adalah watak 4 bintang yang menggunakan polearm dan berkuasa Pyro. Dia akan menyertai banner bersama dengan Hu Tao selepas Childe yang akan kembali sebagai banner pertama untuk versi 2.2.

Antara aktiviti dan acara yang diumumkan bagi versi 2.2 adalah Labyrinth Warriors, Tuned to the World’s Sounds dan Shadow of the Ancients. Manakala Serenitea Pot akan tema baharu iaitu Silken Courtyard yang mengambil rekaan Inazuma.

Selain itu, Aloy iaitu watak 5-bintang percuma yang tiba untuk pemain di PlayStation ketika versi 2.1 akan diberikan kepada semua platform melalui versi ini. Genshin Impact di PC juga akan menerima sokongan DualSense.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini