Filem Frontliner mula ditayangkan di Netflix pada 30 September yang lalu. Dalam ulasan kami, kami mengatakan ia bukanlah cara yang terbaik untuk berterima kasih kepada petugas barisan hadapan. Ia memaparkan babak yang tidak masuk akal, tidak menunjukkan keadaan sebenar dan dipenuhi klise yang kini menjadi meme di media sosial. Sungguhpun begitu ia masih berjaya memasuki carta 10 kandungan terhangat di Netflix Malaysia.

Semalam Frontliner berjaya menjadi kandungan kedua paling popular di Netflix Malaysia. Hanya dikalahkan oleh Squid Game dan di hadapan Hometown Cha-Cha-Cha, The Guilty dan Alice in Borderland. Jelas sekali walaupun Frontliner dihentam teruk oleh majoriti pengulas, ramai pelanggan Netflix di Malaysia masih menontonnya kerana ingin melihat sendiri benar atau tidak skor rendah yang diberikan. Adakah anda antara yang menonton kerana minat atau menonton untuk melihat sendiri adakah benar ia filem yang teruk.

Sohor Kini