Europa Universalis IV Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Seperti diumumkan pada minggu lepas, Epic Games Store menawarkan Europa Universalis IV sebagai permainan percuma untuk tawaran mingguan mereka. Ia ditawarkan bermula semalam sehingga 7 Oktober 2021.

Selepas tawaran ini berakhir, ia akan digantikan dengan satu permainan iaitu PC Building Simulator.

Europa Universalis IV adalah permainan strategi membentuk dan mengurus negara. Ia juga banyak menggunakan peristiwa sejarah yang sebenar. Europa Universalis IV dibangunkan serta diterbitkan oleh Paradox Interactive sejak tahun 2013.

Epic Games Store: Europa Universalis IV

Sohor Kini