Life is Strange: True Colors sudah dilancarkan pada awal bulan lepas, dan bagi yang ingin mencari alasan untuk kembali ke Haven Springs, Square Enix telah melancarkan DLC percuma untuk permainan tersebut, iaitu Wavelength.
Anda boleh tonton video pengumuan di bawah.
Di dalam DLC ini, pemain akan mengawal watak Steph Gingrich iaitu watak yang dipekenalkan di dalam Life is Strange: Before the Storm. Dia juga mempunyai penampilan di dalam True Colors, namun dalam DLC ini ia adalah penceritaan sebelum True Colors bermula.
Life is Strange: True Colors sudah dikeluarkan pada 10 September 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.