Capcom ketika persidangan khas bersempena dengan Tokyo Game Show telah mengumumkan yang Monster Hunter Rise untuk PC akan dilancarkan di Steam pada 13 Januari 2022. Ia akan membawa permainan yang sama yang dilancarkan di Switch tetapi dengan pelbagai penambah-baikkan.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Antara kelebihan yang hadir melalui versi PC ini adalah menyokong resolusi sehingga 4K termasuk juga lebar, sokongan penggunaan papan kekunci dan tetikus, menyokong perbualan suara secara terus di dalam permainan dan ia juga akan menyertakan kesemua penambahan yang tiba untuk versi Switch sebelum ini.

Jika anda berminat, ia boleh di pra-tempah di Steam dengan harga RM248 ataupun RM291 untuk Deluxe Edition. Setiap pra-tempahan akan menerima kostum untuk Buddies dan juga Talisman khusus.

Demo bagi Monster Hunter Rise juga akan tiba pada 14 Oktober 2021 untuk anda mencuba terlebih dahulu permainan ini.

Sohor Kini