Hidetaka Suehiro atau lebih dikenali sebagai Swery sebelum ini telah mengumumkan permainan terbaru beliau iaitu The Good Life akan dilancarkan pada 15 Oktober.

Ketika Tokyo Game Show, turut diumumkan yang ia akan dilancarkan sebagai permainan untuk Xbox Game Pass selain turut dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC.

Ia merupakan permainan pengembaraan yang mana pemain berupaya untuk menukarkan diri kepada kucing ataupun anjing untuk menyelesaikan misteri pembunuhan. Ia dibangunkan oleh White Owls iaitu syarikat Swery dan akan diterbitkan oleh Playism.

Sohor Kini