SNK Corporation telah berkongsi lanjut mengenai The King of Fighter XV di Tokyo Game Show di mana mereka telah memperlihatkan satu watak baharu iaitu Isla dan watak K’. Anda boleh tonton video perkongsian tersebut di bawah.

Isla adalah watak yang pertama kali diperkenalkan melalui permainan terbaru ini, beliau adalah seorang yang bersaing dengan Shun’ei yang diperkenalkan The King of Fighter XIV.

Isla bertempur menggunakan tangan ‘phantom’ yang berterbangan selain melakukan serangan dengan kaki. Anda boleh tonton video pertempuran untuknya di bawah.

K’ ataupun Kay Dash juga diumumkan, ia adalah watak yang popular di kalangan pengikut permainan ini, dipekenalkan sejak The King of Figthers ’99 lagi.

K’ bertempur dengan menggunakan kuasa api yang boleh diubah kepada pelbagai bentuk berbeza. Anda boleh tonton video pertempuran untuknya di bawah.

Isla dan K’ adalah sebahagian daripada 39 watak yang diumumkan untuk The King of Fighter XV apabila ia dilancarkan pada 17 Februari 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini