Bandai Namco telah menggunakan logo mereka yang sekarang ini sejak tahun 2005 sejak Bandai dan Namco bergabung untuk membentuk satu syarikat baharu. Logo tersebut menerima sedikit perubahan warna pada tahun 2007 yang terus digunakan sehingga sekarang.

Minggu ini, Bandai Namco telah mengumumkan (dikongsikan oleh Wario64) yang mereka akan menggunakan akaun baharu bermula pada April 2022 dan logo tersebut diperlihatkan di bawah.

Mereka memilih untuk menggunakan “speech bubble” ataupun Fukidashi dalam bahasa jepun yang mengambarkan kepada budaya manga. Bersesuaian dengan Bandai Namco yang menjadi rumah kepada pelbagai pelbagai permainan berdasarkan manga.

Selain itu, mereka juga mengatakan ia menggambarkan keinginan mereka untuk terus berhubung dengan pengguna di serata dunia. Mereka juga akan menggunakan visi baharu iaitu Fun for All into the Future.

Sohor Kini