The Game Awards telah mengumumkan yang bagi acara tahun ini, ia akan berlangsung pada 9 Disember 2021, dan kembali sebagai acara fizikal di Microsoft Theater, Los Angeles. Mereka juga mengesahkan persembahan orkestra juga akan diadakan semula.

Pada tahun lepas, The Game Awards dianjurkan secara digital dari tiga negara dan telah memperlihatkan The Last of Us Part II menjadi pemenang utama termasuk juga sebagai permainan terbaik.

Senarai pencalonan dan juga tempoh undian akan diumumkan kelak, mengikut tahun lepas ia kebiasaannya akan tiba pada bulan November.

Sohor Kini