The Hollywood Reporter telah melaporkan yang Scarlett Johansson dan Disney telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan pergaduhan mereka sebelum kes tersebut memasuki pembicaraan di Mahkamah. Maklumat lanjut mengenai persetujuan ini tidak diumumkan.

Namun, Scarlett dan juga Disney mengumumkan yang gembira kerana masalah ini selesai dan tidak sabar untuk terus bekerjasama. Projek seterusnya Scarlett dan Disney adalah filem Tower of Terror.

Pada bulan Julai lepas, Scarlett Johansson telah menyaman Disney kerana syarikat tikus tersebut telah mengeluarkan filem Black Widow secara serentak melalui Premier Access di Disney+ dan di pawagam.

Scarlett Johansson iaitu pelakon Natasha Romanoff mengatakan yang disebabkan perkara tersebut jumlah kutipan Black Widow di pawagam lebih rendah berbanding yang sepatutnya dan oleh kerana beliau sepatutnya menerima bonus bergantung kepada jumlah kutipan, ia sekaligus membuatkan pembayaran kepadanya berkurangan.

Buat masa ini, Black Widow mengutip lebih RM1.5 bilion sejak dilancarkan pada Julai lepas akan tetapi tidak di kesemua pasaran kerana pandemik Covid 19.

Black Widow juga baru sahaja memasuki pawagam di Malaysia pada 23 September lepas, dan akan tiba di Disney+ Hotstar pada 6 Oktober ini.

Baca: Ulasan Black Widow – Kisah Silam Yang Dinanti-Nantikan

Sohor Kini