Sony Interactive Entertainment hari ini telah mengumumkan yang Bluepoint Games iaitu studio yang bertanggungjawab untuk membawa permainan olahan semula seperti Demon’s Souls dan Shadow of the Colossus menyertai PlayStation Studios.

Marco Thrush iaitu Presiden untuk Bluepoint Games mengatakan yang PlayStation mempunyai satu katalog permainan yang luas, oleh itu mereka tidak sabar untuk membawa permainan-permainan tersebut kepada pemain-pemain generasi baharu.

Ini dengan kata lain mengesahkan yang Bluepoint Games di dalam PlayStation Studios akan terus membangunkan permainan olahan semula ataupun penambah-baikkan. Namun, mereka juga ada mengumumkan yang sedang membangunkan permainan tersendiri.

Bluepoint Games menjadi studio keempat yang diambil-alih oleh SIE pada tahun ini selepas Housemarque, Nixxes Software dan Firesprite.

Sohor Kini