Microsoft melalui persidangan bersempena dengan Tokyo Game Show telah mengumumkan yang penawaran Xbox Game Pass akan diperluaskan ke beberapa negara iaitu Australia, Brazil, Mexico dan termasuk juga Jepun.

Selain itu, di persidangan yang sama mereka juga telah mengumumkan beberapa permainan popular dari pembangun Jepun akan menyertakan Xbox Game Pass pada hari ini. Permainan tersebut adalah Scarlet Nexus oleh Bandai Namco dan AI: The Somnium Files oleh Spike Chunsoft.

Baca: Ulasan Scarlet Nexus – Satu Kejutan Oleh Bandai Namco

Selain itu, Microsoft juga mengumumkan Mighty Goose iaitu permainan aksi side-scroller oleh Blastmode dan MP2 Games dan diterbitkan oleh Playism pada Jun tahun lepas juga akan menyertai Xbox Game Pass hari ini.

Persidangan Microsoft di Tokyo Game Show masih berlangsung, oleh itu ada kemungkinan yang lebih banyak permainan yang akan diumumkan. Kami akan kemaskini apabila ia diumumkan.

Sohor Kini