Sebelum pengumuman rasmi oleh Nintendo untuk model Nintendo Switch terbaru iaitu Nintendo Switch OLED, Bloomberg adalah antara laman utama yang melaporkan Nintendo rancang untuk mengeluarkan model Nintendo Switch yang menyokong resolusi 4K melalui DLSS.

Dengan pengumuman Nintendo Switch OLED yang tidak mempunyai sebarang perubahan kecuali skrin yang lebih besar dan menggunakan panel OLED, ramai yang tertanya jika sokongan 4K adalah benar ataupun satu laporan yang salah.

Baca: Nintendo Switch OLED Diumumkan Secara Rasmi – Tiba Oktober Ini Dengan Harga $349

Terbaru, Bloomberg telah mengeluarkan laporan mengatakan yang kit pembangunan 4K untuk Switch sudah diberikan kepada sekurang-kurangnya 11 pembangun, dan diantaranya adalah Zynga.

Tidak lama selepas laporan tersebut, Nintendo telah mengeluarkan kenyataan mengatakan yang laporan oleh Bloomberg tersebut adalah salah, menegaskan yang mereka tidak pernah menyediakan kit pembangunan 4K kepada sesiapa.

Zynga melalui kenyataan yang diberikan kepada Bloomberg juga mengatakan yang mereka tidak memiliki kit pembangun 4K seperti yang dilaporkan.

Pembangunan konsol adalah rumit, dan mempunyai pelbagai rancangan dan ada yang terbatal, kami merasakan ini adalah perkara yang sama. Adakah Nintendo merancang untuk mengeluarkan Nintendo Switch Pro? Mungkin, namun sekurang-kurangnya buat masa sekarang, mereka akan memfokuskan kepada Nintendo Switch OLED terlebih dahulu.

Sohor Kini