Acer Malaysia telah mengumumkan dua monitor baharu yang akan dilancarkan oleh mereka, ia adalah XB323QK NV dan Nitro XV282K KV. Kedua-dua monitor ini boleh dikatakan antara monitor yang menyokong HDMI 2.1, dengan kata lain ia akan menyokong sesi permainan 4K dan 144Hz untuk konsol dan juga PC.
Acer XB323QK NV hadir dengan panel IPS bersaiz 31.5 inci dengan resolusi 3840 x 2160 dan menyokong kadar segar semula 144Hz. Ia juga menyokong Adaptive Sync iaitu NVIDIA G-SYNC. Kualiti panel pula, ia menyokong DCI-P3 90% warna gamut lebar dan juga VESA DisplayHDR 400.
Selain USB Type-C untuk paparan, kuasa dan pemindahan data, ia juga menyokong HDMI 2.1. Bagi rekaan pula, ia mempunyai ErgoStand yang membolehkan pengubah-suaian yang lebih pelbagai untuk memberi kedudukan terbaik kepada pengguna.
Acer XB323QK NV ditawarkan dengan harga RM4,299 dan boleh di pra-tempah bermula 30 September sehingga 6 Oktober 2021 untuk mendapat hadiah percuma set kepala Predator Galea 311, papan kekunci Predator Aethon 300 keyboard dan tetikus Predator Cestus 310 yang bernilai RM797.
Nitro XV282K KV pula hadir dengan panel IPS bersaiz 28 inci dengan resolusi 3840 x 2160 dan menyokong kadar segar semula 144Hz dengan kadar reaksi 1 ms. Ia juga akan menyokong AMD FreeSync. Kualiti panel pula, ia menyokong DCI-P3 90% warna gamut lebar dan juga VESA DisplayHDR 400.
Selain USB Type-C untuk paparan, kuasa dan pemindahan data, ia juga menyokong HDMI 2.1, yang bersesuaian untuk digunakan dengan konsol generasi terkini. Bahkan, Nitro XV282K KV juga adalah sebahagian daripada program “Design for Xbox”.
Nitro XV282K KV ditawarkan dengan harga RM3,299 dan boleh dibeli bermula sekarang melalui gedung rasmi Acer di Shopee, Lazada dan juga pengedar rasmi. Setiap pembelian sebelum 6 Oktober 2021, akan mendapat papan kekunci Predator Aethon 300 and tetikus Predator Cestus 310 yang bernilai RM589.