Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Oktober untuk pemain di Malaysia.

Mereka menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 5 Oktober sehingga 1 November 2021;

  • Hell Let Loose
  • Mortal Kombat X
  • PGA Tour 2K21
  • Castlevania Requiem Symphony of the Night Rondo of Blood

Hell Let Loose hanya ditawarkan untuk pemilik PlayStation 5, ini adalah kerana buat masa ini ia hanya dilancarkan untuk konsol generasi terkini sahaja, termasuk juga PC. Ia adalah permainan multi-pemain 50 lawan 50.

Walaupun anda tidak memiliki PS5, anda masih lagi boleh menebusnya melalui laman web ataupun aplikasi.

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Jika anda masih tidak menebus untuk permainan yang ditawarkan pada bulan September anda masih boleh melakukannya sehingga 4 Oktober 2021.

Sohor Kini