PowerA melalui gedung rasmi mereka di Shopee telah menganjurkan cabutan bertuah bersempena dengan ulang tahun untuk permainan Super Mario Bros. Mereka menawarkan satu kerangka Nintendo Switch bertemakan Mario dan juga satu permainan Mario Party Superstar yang akan dilancarkan pada 29 Oktober ini.

Baca: Mario Party Superstars Akan Tiba Pada 29 Oktober – Membawa Kandungan Dari Era N64

Untuk menyertainya, anda hanya perlu ‘ikut’ gedung mereka di Shopee, dan melakukan sebarang pembelian, ia akan memberikan 6 penyertaan.

Berikut adalah cara untuk mendapat penyertaan tambahan;

  • Beli produk bertemakan Mario – 2 penyertaan
  • ‘Like’ penulisan di Shopee – 1 penyertaan
  • Nyatakan tarikh pelancaran untuk Mario Party Superstar di penulisan di Shopee – 1 penyertaan

Penulisan di Shopee: Post (shopee.com.my)

Cabutan bertuah ini sudah bermula sehingga 22 Oktober dan pemenang akan diumumkan pada 29 Oktober 2021.

Selain itu, mereka juga mengumumkan pelbagai jualan promosi akan diadakan sepanjang akhir tahun ini dan anda boleh layari gedung mereka di Shopee ataupun Lazada.

Sohor Kini