Netflix melalui CEO mereka Ted Sarrandos telah berkongsi beberapa maklumat mengenai rancangan popular di platform mereka. Antaranya adalah Squid Game iaitu satu siri baharu mungkin akan menjadi rancangan paling popular mengatasi rekod yang dipegang oleh Bridgerton buat masa ini.

Selain itu, sebagai langkah seterusnya untuk menyediakan data yang lebih baik, beliau juga telah berkongsi jumlah akaun dan jam yang menonton siri dan filem popular mereka. Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh Alex Heath iaitu penulis untuk The Verge.

Berdasarkan perkongsian baharu ini, diperlihatkan yang Bridgerton musim pertama adalah rancangan popular dengan 82 juta akaun telah tonton siri tersebut sekurang-kurangnya 2 minit, dan menghabiskan 625 jam dalam masa 28 hari pertama pelancaran.

Seperti diumumkan sebelum ini, Extraction filem lakonan Chris Hemworth adalah filem paling popular dengan 99 juta akaun, dan 231 juta jam tontonan untuk 28 hari pertama.

Berikut adalah antara siri dan filem lain yang diperlihatkan;

  • Money Heist Part 4 – 65 juta akaun | 619 juta jam tontonan
  • The Witcher Musim 1 – 76 juta akaun | 541 juta jam tontonan
  • Stranger Things 3 – 67 juta akaun | 582 juta jam tontonan
  • Bird Box – 89 juta akaun | 282 juta jam tontonan
  • Enola Holmes – 77 juta akaun | 190 juta jam tontonan
  • The Old Guard – 78 juta akaun | 186 juta jam tontonan

Sohor Kini