Xbox Series Menjadi Konsol Pertama Menyokong Dolby Vision

Microsoft akhirnya melancar kemaskini yang menyertakan sokongan Dolby Vision di konsol Xbox Series X dan Xbox Series S. Tambah mereka, Xbox Series adalah konsol pertama yang menyokong Dolby Vision dan juga Dolby Atmos.

Sebelum ini, Xbox Series dan juga PlayStation 5 menyokong HDR 10, dan Dolby Vision adalah sesuatu yang akan memberikan kualiti yang lebih baik. Anda boleh tonton perbandingan melalui video di bawah.

Microsoft juga mengumumkan yang lebih 100 permainan generasi terkini yang menyokong Dolby Vision sudah tiba dan juga akan tiba. Selain itu, ribuan permainan yang menyokong HDR10 dan Auto-HDR sebelum ini juga akan menjadi lebih baik.

Untuk mendapatkan kelebihan Dolby Vision, pengguna perlu menggunakan monitor ataupun TV yang menyokongnya. Anda boleh melihat sokongan melalui tetapan di dalam Xbox.

Sohor Kini