Penceritaan dan juga bentuk permainan untuk The Last of Us Part II mungkin sesuatu yang boleh diperdebatkan sama ada ia adalah baik ataupun tidak, akan tetapi sesuatu yang kami rasakan benar untuk semua adalah lagu-lagu yang baik disertakan di dalam permainan ini.

Di dalam permainan terdapat beberapa lagu yang dinyanyikan oleh Joel dan Ellie ataupun pelakon suara mereka iaitu Troy Baker dan Ashley Johnson. Kini, lagu-lagu tersebut boleh distrim melalui perkhidmatan penstriman popular seperti Spotify dan Apple Music.

Antara lagu yang disertakan adalah Future Days yang dinyanyikan oleh Joel pada awal permainan, Through the Valley nyanyian oleh Ellie semasa video acah pertama untuk The Last of Us Part II dan juga Wayfaring Stranger yang dimainkan ketika penutup untuk permainan ini.

The Last of Us Part II sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4. Anda boleh baca ulasan kami untuknya melalui pautan ini; Ulasan The Last of Us Part II – Susulan Yang Berani.

Sohor Kini