Seperti diumumkan sebelum ini, Square Enix akhirnya melancarkan permainan mudah alih terbaru mereka iaitu Dragon Quest The Adventure of Dai: A Hero’s Bond untuk iOS melalui App Store dan juga Android melalui Play Store.

Di dalam permainan ini, pemain akan membentuk pasukan menggunakan tiga watak dan setiap watak akan menyerang mengikut ‘lorong’ ia berada. Pemain boleh mengubah kedudukan setiap watak termasuk juga meletakkan kesemua watak di satu lorong yang sama.

Anda boleh tonton treler terbaru untuk melihat serba sedikit bentuk permainan yang disertakan.

Bersempena dengan pelancaran ini, mereka juga menganjurkan acara masa terhad iaitu The Hero Tutor Returns yang membolehkan pemain bermain bersama dengan Avan dan Action is Virtue: The Solitary Swordsman utnuk bermain bersama Hyunckel.

Dragon Quest The Adventure of Dai: A Hero’s Bond adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini