Crystal Dynamics dan Square Enix telah mengumumkan yang permainan Marvel’s Avengers akan menyertai Xbox Game Pass pada 30 September, ia adalah untuk Xbox Game Pass di konsol dan juga PC. Ia juga boleh dimainkan melalui xCloud.

Melaluinya pemain boleh bermain permainan asas termasuk juga kempen penceritaan dan juga kesemua penambahan yang tiba sebelum ini. Ini termasuk juga juga yang terbaru iaitu War for Wakanda yang akan menyertakan watak Black Panther.

Marvel’s Avengers adalah permainan yang gagal mendapat sambutan seperti yang diinginkan, namun Crystal Dynamics sebelum ini telah mengatakan yang mereka akan terus membawa pelbagai kandungan baharu dan juga penambah-baikkan.

Marvel’s Avengers sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Untuk ulasan anda boleh layari pautan ini; Ulasan Marvel’s Avengers – Berpotensi Tetapi Mengecewakan.

Sohor Kini