EA dan DICE telah mengumumkan yang sesi beta terbuka untuk Battlefield 2042 akan bermula pada 8 Oktober ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Bagi pelanggan EA Play dan yang melakukan pra-tempahan, ia akan bermula lebih awal iaitu pada 6 Oktober. Pra-muat untuk permainan ini boleh dilakukan pada 5 Oktober.

Sesi beta ini akan membolehkan pemain untuk mencuba Conquest di peta Orbital. Seperti diumumkan sebelum ini, pemain di PS5, Xbox Series dan PC akan dapat mencuba sesi permainan sehingga 128 pemain dan pemain di PS5, Xbox One sehingga 64 pemain.

Pemain juga boleh mencuba 4 Specialists daripada 10 yang akan tiba di dalam permainan, mereka adalah Boris, Casper, Falck dan Mackay.

Battlefield 2042 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC pada 19 November selepas tertunda dari tarikh awal 22 Oktober.

Sohor Kini