Passion Republic Games ketika Tokyo Game Show hari ini telah berkongsi treler baharu untuk permainan perlawanan mereka GigaBash. Menariknya, kali ini ia memfokuskan kepada Mod Penceritaan yang buat pertama kalinya diumumkan.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Baca: GigaBash – Permainan Brawler Tempatan Yang Berpotensi

Mod penceritaan ini akan menyertakan 4 kempen di mana setiapnya akan memfokuskan kepada kisah silam untuk 4 watak iaitu Gorogong, Pipijuras, Woolley dan Thundatross.

Selain penceritaan ia juga akan menyertakan senario dan juga cabaran untuk diselesaikan oleh pemain yang akan juga membantu pemain untuk belajar mengenai mekanik dan kawalan bagi GigaBash. Mod penceritaan juga akan menyertakan peta tersendiri, muzik runut, NPC, pencapaian dan juga pelbagai lore yang boleh dicari.

GigaBash diumumkan akan tiba pada awal tahun 2022 untuk PlayStation 4 dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang.

Sohor Kini