Kami sebelum ini melaporkan yang Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings akan ditayangkan bermula pada 30 September berbanding 7 Oktober sebelum ini, dan kini giliran satu lagi filem ‘adiwira’ iaitu The Suicide Squad diawalkan beberapa hari.

Berbanding ditayangkan pada 30 September, The Suicide Squad akan ditayangkan bermula esok dan tiket sudah boleh mula dibeli di TGV dan juga GSC.

Baca: 15 Filem Menarik Dan Tarikh Tayangan Di Pawagam

The Suicide Squad adalah filem kedua Suicide Squad dengan visi dan arahan James Gunn. Ia bukannya olahan semula dan sekuel, sebaliknya adalah penceritaan baru dengan Amanda Waller masih pelakon sama dengan konsep sama, iaitu tubuhkan pasukan adiwira dari penjahat. Ini adalah mudah untuk “kerajaan” jadikan setiap ahli sebagai kambing hitam jika ada isu berlaku.

Sohor Kini