Genshin Impact menyambut ulang tahun pertama untuk permainan tersebut pada bulan ini, selain mengumumkan pelbagai acara, Mihoyo juga tampaknya telah menyediakan tagar beremoji di Twitter untuk kesemua watak-watak permainan tersebut.

Anda boleh dapatkan tagar beremoji ini dengan menggunakan nama watak tersebut, ataupun beberapa gelaran untuk mereka. Contohnya Yoimiya, tagar beremoji untuknya boleh menggunakan #Yoimiya, #frolickingflames, #naganoharafireworks dan #queenofthesummerfestival.

Anda juga boleh lihat tagar-tagar tersebut di laman Hashflags.io.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini