Free Fire Max merupakan versi baharu untuk Free Fire, seperti kami kongsi sebelum ini, ia akan menawarkan grafik lebih baik, ciri-ciri yang ditambah-baik, dan lebih dioptimasikan untuk peranti berspesifikasi tinggi. Ia sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android, dan kini ia juga dilancarkan secara global.

Garena juga hadir dengan muzik video untuk menyambut pelancaran Free Fire Max dengan lebih menyeluruh. Anda boleh tontonnya di bawah.

Aplikasi Free Fire masih ditawarkan, dan boleh terus digunakan. Pemain juga boleh menggunakan akaun yang sama di kedua-dua aplikasi.

Satu kelebihan unik yang di disediakan untuk Free Fire Max adalah ia menyediakan Editor Peta iaitu Craftland, di mana pemain boleh menghasilkan peta sendiri untuk menjadi tempat pertempuran. Peta tersebut kemudiannya boleh digunakan untuk bermain dengan rakan termasuk juga yang menggunakan aplikasi Free Fire.

Garena juga akan memilih peta terbaik untuk disertakan di dalam permainan.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini