Crystal Dynamics Akan Terlibat Dengan Pembangunan Perfect Dark

Pada akhir tahun lepas, The Initiative telah mengumumkan yang mereka akan membangunkan permainan baharu untuk Perfect Dark yang akan dilancarkan di konsol Xbox Series dan PC.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Terkini, The Initiative telah mengumumkan yang mereka akan membangunkan permainan tersebut bersama dengan Crystal Dynamics iaitu studio di bawah Square Enix yang hadir dengan permainan Tomb Raider dan juga Marvel’s Avengers.

Mereka juga mengumumkan yang ia masih lagi di peringkat awal pembangunan dan tiada sebarang tarikh pelancaran untuknya.

Sohor Kini