Aquiris telah mengumumkan yang permainan simulasi perlumbaan mereka Horizon Chase akan menerima penambahan terbaru iaitu Senna Forever yang akan memfokuskan kepada kandungan berdasarkan pelumba terkenal Senna.

Ia akan dikeluarkan pada 20 Oktober untuk semua platform. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Ayrton Senna merupakan pelumba F1 dari Brazil, beliau memenangi World Championship pada tahun 1988, 1990 dan 1991 sebelum terbunuh di dalam satu perlumbaan pada tahun 1994.

Melalui penambahan Senna Forever ini, ia akan menyertakan Mod Karier yang akan mengikuti perkembangan karier Senna, selain itu disertakan dua fungsi baharu iaitu pandangan First-Person dan strategi perlumbaan yang baharu.

Horizon Chase sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Versi konsol dan PC iaitu Horizon Chase Turbo juga sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Baca: Ulasan Mini – Horizon Chase Turbo Deluxe Edition

Sohor Kini