Square Enix telah mengumumkan yang Neo: The World End With You akan dilancarkan untuk PC melalui Epic Games Store pada 29 September ini. Ia sudah boleh di pra-tempah dengan harga RM249.

Neo: The World End with You merupakan permainan susulan untuk The World Ends With You yang dilancarkan 2007 lepas di konsol Nintendo DS dan juga siri animasi The World End with You yang mula ditayangkan pada April ini.

Ia sebelum ini sudah dilancarkan untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch pada bulan Julai lepas.

Sohor Kini