League of Legends: Wild Rift SEA Championship sudah berlangsung sejak 14 September lepas dan selepas melalui peringkat Play-ins dan peringkat Kumpulan, 8 pasukan terbaik akan memasuki peringkat Akhir di mana mereka akan merebut hadiah terkumpul $200 ribu (~RM848 ribu).

8 pasukan yang layak ke peringkat akhir adalah Buriram United dan EVO Esports dari Thailand, Team Secret dari Filipina, MBR Esports dari Indonesia, One Team dan Flash Wolves dari Taiwan, dan SBTC Esports dan Divine Esports dari Vietnam.

Dua pasukan yang mewakili Malaysia iaitu Berjaya Dragons telah tersingkir di peringkat Play-ins, manakala Geek Fam tersingkir di peringkat Kumpulan.

Peringkat Akhir akan mula berlangsung pada 30 September ini, dengan peringkat Grand Final akan berlangsung pada 3 Oktober 2021 dan ESL Mobile Challenge telah mengumumkan yang kumpulan K-Pop Aespa akan membuat persembahan sebagai pembukaan untuk Grand Final.

Peringkat Akhir dan juga Grand Final boleh ditonton secara langsung melalui laman League of Legends dan juga ESL seperti berikut;

Sohor Kini