Mediatonic melalui blog mereka telah mengumumkan pelbagai rekod berdasarkan permainan Fall Guys: Ultimate Knockout telah tersenarai di dalam isu terbaru untuk Guinness World Records.

Antara rekod yang tersenarai adalah jumlah kemenangan terbanyak oleh seorang pemain di dalam Fall Guys pada musim 1 iaitu 1645 kali yang diperoleh oleh pemain dengan nama dalam permainan ‘KAWAIINEKOWAIFU’.

Selain itu, seperti diumumkan sebelum ini Fall Guys merupakan permainan PS Plus yang mendapat jumlah muat turun tertinggi juga telah dijadikan sebagai satu rekod di dalam Guinness World Records, akan tetapi mereka tidak berkongsi jumlah muat turun, mungkin sesuatu yang tidak dibenarkan untuk dikongsi oleh PlayStation.

Fall Guys: Ultimate Knockout sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, dan PC. Ia juga diumumkan untuk Nintendo Switch dan Xbox yang dijangka akan tiba lewat tahun ini. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Mini – Fall Guys: Ultimate Knockout.

Sohor Kini